Jenayah

Api merebak cepat

Gua Musang: Lapan keluarga membabitkan 21 isi rumah tinggal sehelai sepinggang apabila sembilan rumah papan dan dua kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Pulai, di sini, tengah malam tadi.

Turut rosak ialah tokong berusia lebih 300 tahun yang menjadi ikon pelancongan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.52 tengah malam.

“Sebelas anggota bersama dua jentera ke lokas kebakaran. Api dikawal dalam setengah jam.

“Kita turut dibantu 10 anggota bomba sukarela dari Kampung Baru. Kebakaran padam sepenuhnya pada 4.41 pagi,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu antara terbesar pernah berlaku di Kampung Pulai dan cepat merebak disebabkan bangunan diperbuat daripada kayu.

Menurutnya, punca dan jumlah kerugian masih dalam disiasat.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");