Panasnya Hari Ini

Bajet 2017: Kapasiti Pendidikan TVET Diperkasa

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkasakan kapasiti pendidikan Tahun Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini bagi menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk tujuan berkenaan, kerajaan memperuntukan sejumlah RM4.6 bilion kepada institusi-institusi TVET terbabit.

Ujarnya lagi, menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mengoptimakan aset-aset Kerajaan, sebanyak sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru yang akan diubahsuai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional

“Daripada jumlah tersebut, empat buah akan menjadi Politeknik, manakala empat Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.

“Di atas inisiatif kreatif ini, hanya kira-kira RM400 juta diperuntukan, berbanding RM250 juta, untuk membina hanya sebuah politeknik yang baharu. Ini menjimatkan wang Kerajaan kira-kira RM2 bilion,” katanya ketika menyampaikan pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, katanya, daripada peruntukan berkenaan, sebanyak RM270 juta disediakan untuk naiktaraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta RM360 juta bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

“Berhubung ini, potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan ‘Structured Internship Programme’ bagi pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan pelajar Tahap 3 dan ke atas di bawah Program TVET.

“Insentif ini dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2019,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan geran padanan latihan dan pembangunan kurikulum kepada institusi TVET awam yang berjaya mendapatkan sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");