Isu Panas

Bajet 2017 perancangan tidak profesional

KUALA LANGAT: Pembentangan Bajet 2017 dalam pembangunan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, sebenarnya hanya 18 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan belanjawan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau menganggap ia satu perancangan yang tidak profesional kerana sekiranya belanja pembangunan tidak ditingkatkan dan disediakan dalam jumlah munasabah, mana mungkin boleh meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negara.

“Saya nampak negara kini tidak lagi dilihat sebagai satu negara berdaya saing dan mampu mengatasi kegawatan ekonomi semasa” katanya dalam sidang media sempena Program Selangor Agrofest 2016 di Pantai Morib.

Menurutnya, berbeza dengan Selangor, sejak beliau diberikan tugas dua tahun lalu, pihaknya menaikkan belanja pembangunan kepada 40 peratus dan belanja mengurus sebanyak 53 peratus.

“Pada tahun ini, saya ambil langkah belanjawan berimbang, 50 peratus pembangunan, 50 peratus pengurusan.

“Jumlah itu kita masih berjaya catatkan pertumbuhan mampan dalam Selangor dan ini mendorong kita melihat dalam satu reaksi dalam 2017,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");