Berita Hari Ini

Bajet 2017 tak bantu pemaju

SHAH ALAM – Bajet 2017 dilihat memenuhi janji kerajaan untuk meningkatkan akses kepada perumahan mampu milik bagi golongan pertengahan dan juga berpendapatan rendah bagaimanapun tidak membantu kumpulan berpendapatan tinggi dan pemaju.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Henry Butcher, pemaju perumahan kecewa kerana mereka tidak punyai kelebihan dalam bajet kali ini ditambah lagi dengan kemerosotan pasaran hartanah sejak tahun 2012.

“Pasaran hartanah kediaman mula goyah sejak tahun 2012 dengan jumlah urus niaga menurun setiap tahun serta nilai urus niaga pada tahun 2015 merosot buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.?

“Terdapat beberapa cadangan daripada peserta industri ini dalam cubaan untuk melonggarkan syarat-syarat pembelian rumah sekurang-kurangnya untuk pembeli rumah kali pertama.

“Malahan, terdapat juga cadangan skim pemaju dikenakan faedah (DIBS) diperkenalkan semula untuk pembelian rumah kali pertama namun tiada respon diberikan,” menurut sumber dari Henry Butcher.

Perbentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, 21 Oktober lalu bertemakan ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’.

Antara elemen utama yang dilihat menjejaskan industri perumahan adalah GLC dan PR1MA akan diberikan tanah kerajaan yang kosong di lokasi-lokasi strategik untuk membina rumah mampu milik, peruntukan untuk membina Rumah Mesra Rakyat (PMR) dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR),

Skim pembiayaan khas kepada pembeli rumah PR1MA dan juga pengecualian duti setem 100 perratus akan diberikan untuk pemindahan pinjaman perumahan instrumen untuk pembeli rumah pertama.

Menurutnya lagi, pembeli masih lagi menunjukkan minat untuk membeli namun begitu, kadar pertukaran jualan masih akan dipengaruhi oleh kawalan kelulusan yang ketat oleh institusi kewangan.

“Di samping itu, keadaan pasaran yang perlahan akan memaksa pemaju untuk menerima margin keuntungan yang lebih rendah untuk mendapatkan lebih banyak jualan dan meningkatkan aliran tunai.

“Manakala, pembeli pula akan terus menikmati insentif jualan yang menarik serta hadiah percuma yang diberikan oleh pemaju untuk meningkatkan jualan,” katanya lagi.

Tambahan pula, skim pembiayaan khas yang disediakan hanya terhad kepada pembeli rumah yang dibina oleh PR1MA.?

“Terdapat persoalan mengapa hanya PR1MA dan bukan GLC lain yang terlibat dalam pembinaan rumah mampu milik.

“Atau pemaju swasta yang sedang membina rumah mampu milik dalam julat harga yang ditetapkan,” tambahnya lagi.

Terdapat juga rekod yang mengesan beberapa agensi kerajaan yang diamanahkan untuk membina rumah mampu milik namun ia tidak memuaskan.

“Kerajaan perlu menetapkan tarikh akhir serta pemantauan yang berterusan untuk memastikan pembinaan rumah oleh agensi-agensi yang dilantik bergerak seperti yang dirancang,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");