Jenayah

Bayi maut, tujuh lagi cedera

Jelebu: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut manakala ibu dan bapanya serta lima lagi, cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Jelebu-Kuala Klawang, dekat Bukit Tangga di sini, petang tadi.

Kejadian 4.45 petang itu berlaku ketika Proton Saga BLM yang dinaiki tiga beranak itu bersama dua wanita warga Indonesia dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Kuala Klawang.

Kereta mereka bertembung dengan Perodua Bezza dinaiki lima beranak termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan bayi lapan bulan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu Kamaruzaimi Harith berkata, pihaknya menerima panggilan 4.47 petang sebelum sebuah jentera dengan sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, seorang bayi perempuan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh mangsa cedera. Mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Jelebu untuk rawatan.

“Mayat bayi dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");