Berita Hari Ini

Berganding bahu

Johor Bahru: Ratusan sukarelawan daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan biro kebajikan parti politik membanjiri kawasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi memberi bantuan kepada mangsa dan kakitangan susulan kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan, semalam.

Sukarelawan yang bergegas ke lokasi dilihat membawa makanan dan minuman serta kelengkapan lain untuk diserahkan kepada pesakit dan kakitangan HSA yang memerlukan bantuan.

Mereka termasuk kakitangan agensi kerajaan turut berganding bahu dalam mengagihkan makanan selain memberi bantuan mengalihkan pesakit ke tempat selamat selain mengangkat pesakit ke dalam ambulans.

Pengerusi Pertubuhan Gerak Ehsan Maghrifah Amal (GEMA), Zakaria Muhamad, 30, berkata sejurus mengetahui kejadian di HSA, dia mengumpul ahli NGO berkenaan menerusi makluman dalam kumpulan WhatApps untuk menghulurkan bantuan.

“Sukarelawan datang membantu kakitangan HSA dengan mengedarkan makanan dan minuman kepada pesakit, malah turut menerima panggilan telefon daripada banyak pihak yang menyatakan kesudian untuk membantu,” katanya.

Wakil Sukarelawan Darul Takzim yang juga Penolong Setiausaha Majlis Belia Daerah Johor Bahru, Muhamad Khairil Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke HSA untuk membantu sebaik mengetahui kejadian malang berkenaan.

“Kami membantu daripada segi pemunggahan barangan berupa makanan dan minuman yang didermakan oleh NGO dan biro kebajikan parti politik di kawasan yang dikhaskan. Banyak bantuan dalam bentuk makanan dan minuman itu diagihkan ke wad-wad HSA,” katanya

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");