Isu Panas

Beri kerugian kepada pakatan pembangkang

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dianggap tidak jujur dalam mengemukakan cadangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, Paul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mencadangkan akta yang bakal menyebabkan kerugian kepada pakatan pembangkang.

“Pembangkang dan kerajaan tidak berada di atas padang yang rata. Apa jaminan kepada mereka yang menyumbang kepada parti-parti pembangkang untuk tidak dikenakan tekanan politik?

“Ini yang harus difikirkan oleh jawatankuasa itu. Kalau kita berada di atas ‘padang’ yang sama rata, kita tidak ada masalah. Tapi masalahnya sekarang isu persempadanan semula (cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya) sekalipun tidak adil (bagi pembangkang,” katanya ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media di sini, hari ini.

Akta itu dicadangkan digubal bagi menangani isu berkaitan politik wang yang telah lama wujud.

Paul berkata, pihaknya mencadangkan 32 syor termasuk akta itu yang bakal dibentangkan dalam Kabinet dalam tempoh dua minggu.

Kata Shamsul lagi, pihak kerajaan sebaliknya perlu menyelesaikan terlebih dahulu segala isu yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas beliau lagi, mungkin cadangan tersebut akan tampak lebih relevan sekiranya isu membabitkan Najib sudah selesai.

“Pada saya, kerajaan atau menteri yang berkaitan tidak jujur dalam mengemukakan cadangan. Ini dibayangi dengan pelbagai helah yang tidak akan meyakinkan kita,”katanya lagi.

Tahun lalu, Najib menjadi tumpuan berhubung isu RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia sumbangan penderma.

Susulan itu, Najib menubuhkan JKNMPP pada 14 Ogos tahun lalu dalam usaha membuat penambahbaikan bagi memenuhi keprihatinan orang ramai berhubung soal integriti dalam pembiayaan politik.

Dalam pada itu, Paul berkata, melalui cadangan pihaknya itu segala sumbangan politik yang melebihi RM3,000 perlu diisytiharkan kepada pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik di mana ia perlu dimasukkan dalam akaun parti ataupun akaun peribadi khusus seseorang ahli politik.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");