Isu Panas

Bersatu sertai Bersih 5

SHAH ALAM – Bersatu akan menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijangka diadakan bulan depan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, secara asasnya perjuangan Bersih sama dengan dasar parti itu.

“Saya telah menerima jemputan daripada Maria Chin Abdullah (Pengerusi Bersih) yang berharap saya akan hadir. Asalkan tujuannya sehaluan dengan apa yang kami perjuangkan, saya rasa tiada masalah.

“Antara matlamat perjuangan Bersih ialah menuntut Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) berundur, kerajaan yang bersih dan tiada rasuah. Ini saya fikir turut menjadi asas dan dasar perjuangan parti kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Maria mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan himpunan itu dengan bertemakan ‘Satukan Tenaga, Malaysia Baru!’.

Menurut Muhyiddin, kehadiran Bersatu dalam perhimpunan itu juga tidak seharusnya disalahtafsirkan.

“Saya fikir Bersih bukan satu kumpulan provokasi. Asalkan ia tak membangkitkan isu yang boleh menimbulkan masalah keselamatan dan menggangu ketenteraman awam.

“Bagi saya, yang penting ialah apa tujuannya iaitu untuk sampaikan mesej rakyat.,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");