Berita Hari Ini

BPTV komited martabatkan pendidikan vokasional

KAJANG: Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) terus komited dalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan khususnya dalam bidang vokasional.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan (KPM), Zainuren Mohd Nor, berkata pihaknya menggariskan tiga langkah utama yang kini giat dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pendidikannya.

Beliau berkata, pertama, iaitu meningkatkan enrolmen dalam pendidikan vokasional, kedua merombak kurikulum pendidikan vokasional yang relevan dengan keperluan industri dan ketiga memperbanyakkan kolaborasi antara pihak industri.

“Usaha mengangkat martabat pendidikan vokasional bukanlah satu perkara asing malah bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) kini tidak lagi dianggap sebagai pilihan terakhir generasi muda dan mendapat kepercayaan daripada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Sekolah Menengah daerah Hulu Langat bersempena dengan Karnival Teknik dan Vokasional anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pegawai PPD Hulu Langat, Mat Jah Roslan, Timbalan Pegawai PPD Hulu Langat, Zainariah Ahmad Yusop; Presiden Kolej Point, Yoki Chin, Ahli Lembaga Pengarah Geomatika Edugroup Sdn Bhd, Nurul Nadia Mohamad Sharif dan Penolong Pengarah Kanan Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pendidikan Selangor, Ismail Abdullah.

Seramai 383 pelajar Tingkatan Lima dari 13 sekolah menengah sekitar Hulu Langat menerima sijil graduasi MPV dalam pelbagai kursus seperti penjagaan muka dan dandanan rambut, landskap dan nurseri; seni reka tanda; automobil dan membuat perabot.

Zainuren berkata, usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku perubahan landskap dan aliran akan menjadi pilihan utama pelajar serta ibu bapa seperti amalan di negara maju.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");