Sukan Hari Ini

‘Bukti minyak kita terbaik’

Kuala Lumpur: Kejayaan pasukan Mercedes AMG PETRONAS mengekalkan kejuaraan kategori pengeluar dalam saingan Formula Satu untuk musim ketiga berturut-turut adalah hasil usaha sama berterusan syarikat minyak petrolium negara PETRONAS bersama pengeluar kereta terbaik dunia, Mercedes AMG sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran, Arif Mahmood, PETRONAS percaya di sebalik kemenangan bergaya pasukan F1 itu selama ini hasil daripada penghasilan minyak dan pelincir yang berkualiti.

Katanya, pihaknya sentiasa menitik berat soal penghasilan minyak bermutu tinggi sekali gus memenuhi kehendak enjin dalam menyediakan bahan api yang sesuai untuk perlumbaan.

“Kejayaan ini satu sejarah buat PETRONAS dan Mercedes AMG kerana dapat mengekalkan dominasi untuk tempoh yang lama.

“Ternyata penggunaan pelincir kita membantu meningkatkan prestasi enjin jentera itu. Ini tahun ketiga kami menang kejuaraan pengeluar.

“Ia membuktikan kami bukan sekadar penaja, tapi sebaliknya bertindak sebagai rakan teknikal yang hebat bersama pasukan itu,” katanya kepada pemberita selepas sesi bergambar sempena kemenangan hatrik itu, semalam.

Mengulas mengenai kontrak yang akan berakhir tahun depan, Arif berkata, rundingan sama ada untuk menyambung kontrak antara PETRONAS dan Mercedes AMG masih dijalankan.

“Ini kerjasama yang baik untuk kedua-pihak pihak. Ia bukan saja soal menyambung kontrak tapi lebih daripada itu seperti soal kerjasama teknikal dan sebagainya,” katanya.

Mercedes AMG PETRONAS membolot trofi kategori pengeluar selepas menghimpun 593 mata sepanjang 17 pusingan mengatasi Red Bulls 208 mata dengan perlumbaan masih berbaki empat pusingan.

Lebih membanggakan, pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton juga turut mengungguli kedudukan 1-2 carta kedudukan dunia bagi kategori pelumba.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");