Jenayah

Bumbung terbang dipukul ribut

Bentong: Kira-kira 50 rumah, bangunan kerajaan dan kedai di FELDA Chemomoi dan Kemasul, di sini, dilaporkan rosak teruk akibat ribut.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada 5.45 petang semalam.

Berikutan itu, 32 anggota pelbagai jabatan dan agensi dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa terbabit bencana.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Bentong Mohd Zulkhairi Adek Awang, berkata tindakan awal dijalankan adalah melakukan pemantauan keselamatan.

“Kami juga melakukan tindakan memindahkan mangsa ke kawasan selamat.

“Bagaimanapun, buat masa ini tiada perancangan untuk membuka pusat pemindahan mangsa,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");