Sukan Hari Ini

Carrasco wira Atletico

Moscow: Atletico Madrid menang 1-0 ke atas Rostov pagi semalam sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang tiga perlawanan peringkat Kumpulan D Liga Juara-Juara.

Yannick Carrasco (gambar) menghasilkan gol tunggal perlawanan dan ia cukup untuk memberikan kekalahan pertama di gelanggang sendiri sepanjang 26 aksi yang diharungi Rostov.

Atletico muncul pasukan pilihan untuk menang dan mereka sepatutnya mendahului selepas 90 saat. Soslan Dzhanaev gagal mendakap kemas sepakan percuma yang diambil Carrasco tetapi tindakan susulan Angel Correa gagal menemui sasaran.

Dzhanaev menebus kesilapannya dengan menyelamatkan cubaan Carrasco tidak lama kemudian dan di pertengahan babak pertama, rembatan Correra melepasi palang.

Pendahulu La Liga Atletico mendominasi babak kedua tetapi mereka perlu menunggu hingga hampir sejam permainan sebelum kembali memperoleh peluang menerusi tandukan Fernando Torres yang sedikit melewati palang.

Gol yang dicari akhirnya terhasil apabila pertahanan Rostov gagal mengeluarkan bola hantaran lintang Juanfran dan Carrasco yang berada berdekatan, melepaskan rembatan kencang yang gagal diselamatkan Dzhanaev. – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");