Sukan Hari Ini

Cazorla gembira kekal di Arsenal

London: Pemain tengah Sepanyol, Santi Cazorla lebih suka menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal sekalipun media tempatan mengaitkannya dengan perpindahan ke kelab La Liga, Atletico Madrid.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang melanjutkan kontraknya bersama Gunners pada Julai tahun lalu, menjaringkan 25 gol di bawah pengurus Arsene Wenger sejak menyertai kelab itu dari Malaga pada 2012.

“Saya gembira di sini. Saya dipercayai oleh pengurus dan rakan sepasukan. Saya berasa penting di sini dan jika mereka menawarkan saya kontrak baharu, saya akan menandatanganinya kerana saya amat gembira bersama kelab hebat ini,” kata Cazorla.

Cazorla menyumbat dua gol dalam tujuh penampilan Liga Perdana musim ini. Kelab London itu, yang menghuni tangga ketiga carta, menanti kunjungan Swansea City pada 15 Oktober ini. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");