Membawang Hari Ini

Choi Chang Yeob Ditahan Miliki Dadah

PELAKON Choi Chang Yeob dilaporkan ditahan pihak polis pada 8 Oktober selepas didapati menggunakan dan memiliki dadah jenis metamfetamin.

Soompi melaporkan pihak polis mula menyiasat aktor itu sejak September lalu hasil daripada maklumat sumber dan menahan Chang Yeob di kediamannya.

Pihak pengurusannya, Sammaru Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan pelakon itu berhubung penyalahgunaan dadah seperti dilaporkan.

“Dia kini ditahan untuk membantu siasatan dan pihak kami akan melantik peguam bagi mewakilinya.

“Bagi pihak Chang Yeob kami meminta maaf kerana masalah berkenaan telah menyebabkan peminat berasa terluka,” kata kenyataan itu lagi.

Chang Yeob sebelum ini pernah popular menerusi drama bersiri The Great Doctor dan School 2013 selain muncul dalam program Problematic Men.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");