Perak Hari Ini

Dakwaan Penyelewengan Projek Turap Jalan: JKR Minta Kerjasama PERKOBF

perak-today-1
Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Sri Ir. Dr.Roslan Md Taha

IPOH:Jabatan Kerja Raya (JKR) meminta agar pihak seperti Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) supaya berkerjasama dengan menyalurkan maklumat berhubung dakwaan penyelewengan kontrak projek menurap jalan kepada pihak ketiga.

Menurut Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Sri Ir. Dr.Roslan Md Taha pihak JKR akan bertindak menyemak kualiti kerja dan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan oleh empat syarikat konsesi yang menyelenggarakan jalan Persekutuan kini seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kerja Raya.

“JKR juga meminta persatuan kontraktor kelas F (PERKOBF) untuk bekerjasama sekiranya mempunyai maklumat jika berlaku ketirisan dan terdapat pihak yang tidak mengikut SOP supaya memaklumkan kepada pihak kerja raya,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan Hari Inovasi JKR tahun 2016 di Ipoh hari ini.

perak-today-6

Katanya pihak JKR juga telah mengarahkan setiap JKR Daerah untuk memastikan kualiti jalan Persekutuan diselegara dengan baik dan dilaksanakan berdasarkan SOP yang ditetapkan.

“Bayaran juga perlu dilunaskan mengikut SOP dan jurutera daerah yang dilantik akan mengesahkan pembayaran yang perlu dilunaskan supaya tiada ketirisan yang berlaku.

“Syarikat konsesi yang telah melaksanakan kerja konsesi di negara ini telah melaksanakan tugas dengan memuaskan lebih daripada 10 tahun dan bagi syarikat kontraktor kecil mereka masih lagi berpeluang dalam kerja undi dan kecemasan di daerah-daerah,” katanya lagi.

perak-today-7

Sementara itu beliau turut menegaskan bahawa 78 JKR di seluruh negara ini sentiasa bersiap sedia bagi menangani sebarang isu melibatkan tanah runtuh, curam dan banjir.

“JKR bersama syarikat konsensi mempunyai program tertentu termasuk rondaan jika berlaku bencana akan terdapat langkah-langkah dan SOP yang disediakan selain berkerjasama dengan agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pihak berkuasa tempatan,” katanya lagi.

Katanya, setakat kini JKR menggunakan kaedah biasa selain berusaha mempertingkatkan langkah pencengahan dengan bantuan daripada bilik gerakan bencana yang beroperasi di seluruh Daerah.

“JKR mempunyai 13 saluran bagi menyalurkan aduan termasuk sekiranya berlaku sebarang bencana sistem aplikasi menggunakan telefon iaitu penghantaran gambar lokasi kejadian

“Bagi lokasi cerun, kita telah bertindak mencerap bagi lokasi yang sensitif dengan keadaan itu dan meminta kerjasama orang awam sekiranya mengesan tanda-tanda awal keruntuhan cerun supaya segera melaporkan kepada pihak JKR,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada pereka Cipta JKR sempena ITEX 2016 dan menandatangi nota kerjasama program Pensijilan Pengurus Projek antara JKR dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

perak-today-5 perak-today-4 perak-today-3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");