Perak Hari Ini

Dakwaan Tun Mahathir Bukan Asing Bagi Pembangkang

SUNGAI SIPUT : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merampas negeri ini bukanlah sesuatu yang asing bagi pembangkang.

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata, semua parti pembangkang akan bercakap perkara yang sama.

“Apa yang disebutkan adalah bukannya sesuatu yang asing bagi pembangkang.

“Baik Tun Mahathir, Nga Kor Ming, malah Mat Sabu sekalipun, semua ini akan bercakap nada yang sama kerana mereka pembangkang,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ijtihadiah, Kampung Bahagia, di sini, hari ini.

Terdahulu, Tun Mahathir dilaporkan berkata, pembangkang menyasarkan untuk mengambil alih kerajaan Perak dan Terengganu melalui tindakan ‘lompat parti’ wakil rakyat di negeri itu.

Zambry berkata, BN Perak telah berkhidmat untuk rakyat sejak awal lagi sebelum wujudnya PPBM dan sentiasa bersiap sedia.

“Selama ini, BN Perak sentiasa bergerak sejak hari pertama. Sebaik sahaja selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kita sudah buat persiapan dari awal.

“Suasana bekerja di negeri ini khususnya BN sentiasa mengambil pendirian membuat persiapan sekiranya berlaku sesuatu dan membuat persiapan kerana ini berdasarkan pengalaman kami di negeri Perak,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");