Sukan Hari Ini

Danny harap tingkat prestasi

Kuala Lumpur: Danny Chia mengakui agak bergelut dengan prestasi semasa dan berharap dapat memperbaiki kualiti pukulannya menjelang saingan golf CIMB Classic yang akan bermula esok.

Jelas pemain profesional negara itu, ketika ini dia bergelut melakukan pukulan tee-off kerana sudah hampir enam minggu tidak dapat melakukan pukulan dengan baik menggunakan driver.

“Saya mula memperbaiki pukulan pada sesi latihan hari ini (semalam) dan nampaknya ia bertambah baik.

“Harap saya dapat selesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

“Jika mahu meraih keputusan lebih baik, anda perlu melakukan pukulan pertama yang jauh dan kemudian berada di kawasan fairway,” katanya pada sidang media semalam.

Sementara itu, Danny berkata, musim ini dia tidak begitu aktif berbanding pada tahun lalu dan itu mungkin menjadi salah satu faktor kepada kelemahan prestasinya.

“Tapi saya tetap menganggap musim ini sangat hebat kerana berpeluang beraksi di Sukan Olimpik selain Piala Dunia,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");