Isu Panas

DAP cadang tubuh siasatan diraja

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengkaji tragedi kebakaran Hospital Sulatanah Aminah (HSA), Selasa lalu.

Menurutnya, suruhanjaya itu perlu diberi kebebasan daripada campur tangan oleh mana- mana pihak.

“Suruhanjaya ini akan memberi cadangan kepada kerajaan seperti cara pengendalian hospital dan punca tragedi berkenaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, pihak pembangkang mengalu-alukan jawatankuasa siasatan bebas bagi menjalankan siasatan dan mengkaji kejadian berkenaan.

“Adalah lebih penting sekiranya KKM menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes ini secara mendalam,” katanya.

Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang berkata, kerajaan perlu mengkaji penswastaan perkhidmatan sokongan hospital.

“Dalam Bajet 2017, terdapat item yang menyatakan kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk sokongan hospital yang baharu.

“Kami rasa perkhidmatan sokongan hospital tidak perlu diswastakan namun pengendalian secara komprehensif diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mendesak agar kerajaan memberi peruntukan khas kepada KKM memandangkan RM280juta peruntukan terhadap kementerian itu dipotong.

“Hospital terutama di Johor dan Selangor sedang menghadapi kekurangan dana.

“Peruntukan khas itu sebagai bantuan kepada HSA bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");