Isu Panas

DAP tampilkan calon PM, Kabinet bayangan

SHAH ALAM – DAP bersetuju dengan cadangan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan pembangkang menampilkan calon perdana menteri dan Kabinet bayangan sebelum PRU14.

Setiausaha Organisasi Kebangsaannya, Anthony Loke berkata, pemilihan itu perlu diumumkan kepada rakyat jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan di peringkat negeri atau Persekutuan.

“Kita terbuka dengan cadangan beliau (Muhyiddin) dan mengalu-alukannya.

“Sebenarnya, sebelum ini saya juga ada mencadangkan supaya bukan sahaja perdana menteri, malah calon menteri besar juga perlu diputuskan sebelum PRU14,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Loke berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan menerusi kepimpinan Pakatan Harapan.

“Sebarang keputusan perlu dalam kerangka Pakatan Harapan yang perlu dipersetujui oleh parti-parti yang ada.

“Ia tidak boleh berdasarkan keputusan satu parti sahaja. Apa-apa keputusan haruslah dihasilkan daripada persetujuan bersama,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");