Sukan Hari Ini

Deschamps tegur Pogba

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps menuntut pemain termahal dunia, Paul Pogba supaya bangkit dan memberikan aksi lebih baik menjelang pertemuan Kelayakan Piala Dunia 2018 dengan Belanda awal pagi esok.

Menurutnya, dia mengharapkan Pogba dapat memberikan lebih impak di bahagian tengah atau bersedia untuk bermain di posisi yang bukan kegemarannya.

“Pogba harus menonjolkan prestasi lebih bagus. Walau apa jua keadaan dia mesti bangkit.

“Jika tidak, saya tiada pilihan untuk letakkan dia di posisi yang lebih defensif untuknya,” katanya.

Ketika pertemuan dengan Bulgaria tempoh hari, Pogba diletakkan sebagai pemain tengah bertahan dan tidak diberikan tugas untuk lebih membantu bahagian serangan.

Situasi itu mungkin berterusan sekiranya Pogba masih belum memperbaiki persembahannya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");