Sukan Hari Ini

Dua beradik harumkan negara di Bangkok

KUALA LUMPUR: Dua beradik, Muhammad Faiz Akmal Mahadi , 8, dan abangnya Muhammad Syafiq, 12, mengharumkan nama Malaysia apabila masing-masing meraih emas serta gangsa dalam Kejohanan Taekwando Antarabangsa Tirak Keenam 2016 di Bangkok, semalam.

Muhammad Faiz Akmal meraih emas bagi kategori Lelaki (7-8 tahun) untuk berat lebih 34 kilogram (kg), manakala Muhammad Syafiq Akmal meraih gangsa bagi kategori lelaki (11-12 tahun) untuk berat 38-42kg.

Kedua-duanya yang juga murid di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, Seremban, adalah antara 10 pelajar Malaysia yang menyertai kejohanan itu yang berlangsung di John Paul II Pusat Sukan Universiti Assumption Kampus Suvarnabhumi, Bangkok Thailand pada 22-23 Oktober lalu.

-Bh Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");