Perak Hari Ini

Enam Ahli SPA Negeri Perak Dilantik bagi Sesi 2016/2017

IPOH: Enam orang ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak dilantik bagi sesi 2016/2017 untuk tempoh satu tahun bermula 10 Oktober 2016.

Perlantikan keahlian tersebut telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antara yang dikekalkan adalah Pengerusi Suruhanjaya dan juga tiga orang ahli Suruhanjaya sesi 2015/2016.

Manakala, ujarnya, dua orang lagi ahli Suruhanjaya merupakan yang baharu dilantik..

4

“Pengekalan jawatan Pengerusi kepada Datuk Jamry Sury dan tiga orang ahli Suruhanjaya sesi 2015/2016 yang lalu iaitu Datuk Zuraida Arshad, Mohd Idris Ramli dan S. Poliges dilihat tepat bagi meneruskan prestasi baik SPA Negeri Perak sesi yang lalu.

“Manakala lantikan baru adalah Datuk Ho Cheng Wang yang merupakan bekas exco kerajaan negeri Perak (1999 hingga 2008) dan Datin Yatimah Khalid (bekas pendidik),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Tambahnya, kedua-dua ahli yang baharu itu akan menggantikan Datuk Thong Fah Chong yang menganggotai Suruhanjaya lebih tujuh tahun (sesi 1997, 2009 hingga 2013, 2014 hingga 2016) dan Datuk Ramly Zahari yang menganggotai Suruhanjaya selama dua tahun (2014 hingga 2016) masing-masing berakhir pada 9 Oktober yang lalu.

“Kita harap dengan pengalaman yang ada pada mereka khususnya kepada ahli-ahli yang baharu dan lama, akan meneruskan perkhidmatan yang cemerlang bagi menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab seperti mana yang telah termaktub dalam tugas serta peranan mereka,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");