Isu Panas

Ezam tinggalkan Umno, sertai Bersatu

SHAH ALAM – Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor kini dilaporkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan portal berita Astro Awani, Ezam telah mengadakan pertemuan dengan Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyerahkan borang keahlian parti.

“Saya bertemu Mahathir pada Selasa dan menyerahkan borang keahlian kepada Muhyiddin pagi semalam (Rabu),” katanya.

Mohamad Ezam sebelum ini lantang menentang pentadbiran Mahathir sejak era reformasi pada 1998 selepas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Beliau yang merupakan orang kanan kepada Anwar itu meninggalkan PKR dan menyertai Umno pada Mei 2008 untuk bersama-sama berkempen menentang pembangkang.

Namun, baru-baru ini beliau memilih untuk keluar Umno dengan alasan parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat bagi mempertahankan prinsip perjuangannya sekaligus melakukan perubahan di negara ini.

Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar ketika pemimpin pembangkang terbabit berada dalam kerajaan.

Ekoran penyingkiran Anwar, Mohamad Ezam menyertai gelombang reformasi dan pernah menjadi Ketua Pemuda PKR antara 1999 dan 2005.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");