Sukan Hari Ini

Faizal kembali sarung jersi skuad kebangsaan

Kuala Lumpur: Selepas lebih setahun gagal terpilih bersama skuad kebangsaan, penyerang sensasi negara Faizal Saari kembali mendapat kepercayaan Stephen Van Huizen untuk diserapkan dalam senarai 18 pemain terakhir bagi menghadapi saingan Trofi Juara-Juara Asia di Kuantan, Pahang bermula esok.

Jelas pemain berusia 25 tahun itu, kepercayaan diberikan kepadanya itu akan dimanfaatkan sebaik-baiknya selain menganggap berita gembira itu sebagai rezeki anak kerana isterinya, Shaidatul Afina Badrul Hamidi sedang sarat mengandung anak sulung mereka ketika ini.

“Bukan mudah untuk kembali mendapat peluang ini semula. Sebab itu kali ini saya mahu gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.

“Sebenarnya sejak beraksi di AHL (Liga Hoki Australia) bersama skuad pembangunan lagi saya memang dapat rasakan akan terpilih untuk ke Trofi Juara-Juara Asia.

“Sepanjang di sana pun saya cuba beraksi pada tahap terbaik sebab saya memang mahu bermain di kejohanan ini.

“Apapun, ini juga adalah rezeki anak dan saya berharap dapat membantu Malaysia layak ke final,” katanya semalam.

Jelas Faizal, Shaidatul dijadualkan bersalin sekitar minggu depan iaitu ketika berlangsungnya saingan yang memasuki edisi keempat itu.

“Saya sudah beritahu jurulatih situasi saya. Harap saya dapat kelonggaran untuk menemani isteri saya selama sehari sekiranya dia bersalin ketika berlangsungnya saingan itu nanti dan kemudian kembali semula bersama pasukan.

Kali terakhir Faizal membuat penampilan bersama skuad kebangsaan adalah di saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium pertengahan tahun lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");