Berita Hari Ini

Gerakan cadang wujud Biasiswa Nasional

KUALA LUMPUR – Gerakan mencadangkan kerajaan mewujudkan Biasiswa Nasional dalam Bajet 2017 yang dianugerahkan berdasarkan merit kepada pelajar yang layak.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, biasiswa bagi membantu pelajar kurang berkemampuan itu boleh dibiayai melalui langkah menaikkan cukai sebanyak satu peratus ke atas rakyat Malaysia berpendapatan lebih RM1 juta serta syarikat yang berpendapatan lebih RM300 juta.

“Biasiswa Nasional ini mestilah dianugerah atas dasar merit semata-mata. Kita mesti berusaha sedaya upaya untuk menahan bakat yang ada daripada berhijrah ke tempat lain.

“Penerima biasiswa ini mesti kembali berkhidmat dengan kerajaan selama 10 tahun, dan mereka ini merupakan generasi pemimpin politik, ekonomi dan sosial bagi masa akan datang,” katanya dalam ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-45 Gerakan di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas, Setiausaha Agung MIC Datuk A Sakthivel, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dan wakil-wakil parti komponen BN yang lain.

Selain itu, Siew Keong berharap kerajaan menyediakan lebih banyak manfaat untuk rakyat dalam menangani isu kos sara hidup, kesihatan dan perumahan.

Dalam pada itu, Gerakan memuji langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terbuka menerima sebarang cadangan dan maklum balas daripada rakyat dalam penyediaan Bajet 2017 menerusi laman web rasmi beliau.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");