Sukan Hari Ini

Gunalan minat jadi jurulatih tetap Merah Kuning

Shah Alam: Selepas memacu Selangor menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut, pemangku pengendali pasukan, K Gunalan (gambar) tidak menyembunyikan hasrat untuk mengemudi pasukan itu secara tetap musim depan.

Selangor yang dihimpit pelbagai kontroversi selain aksi tidak konsisten sepanjang musim ini hingga membawa kepada pemecatan pengendali Zainal Abidin Hassan Ogos lalu, menyaksikan perubahan yang mendadak sebaik Gunalan mengambil alih pasukan itu.

Daripada sistem taktikal hantaran jauh sebelum ini, bekas pemain pertahanan Selangor itu berjaya merubah persembahan Red Giants dengan mengamalkan gaya permainan mudah dan pantas.

Justeru, berdasarkan sentuhan ‘ajaib’ Gunalan itu, diharapkan kepemimpinan tertinggi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dapat menilai prestasi pengendali itu.

“Saya rasa pihak pengurusan juga tahu dengan masalah dalaman yang menghantui pasukan sebelum ini. Malah mereka juga apa yang sudah saya buat dengan pasukan ini.

“Sudah tentu saya juga mengharapkan sesuatu yang positif daripada pengurusan untuk mempertimbangkan posisi saya bersama pasukan musim depan.

“Walaupun prestasi kami dalam liga terumbang-ambing, dalam Piala Malaysia, kami sudah memberikan yang terbaik. Saya harap pengurusan membuat keputusan terbaik demi masa masa depan saya,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Shah Alam, semalam.

Keinginan Gunalan itu nyata mengundang masalah kepada FAS apabila difahamkan persatuan itu cuba membawa pulang bekas pengendali musim lalu, Mehmet Durakovic yang dipecat sebaik menghadiahkan Piala Malaysia kepada penyokong setia Merah Kuning.

Ketika ditanya apakah reaksi beliau seandainya episod sama berulang dengan jawatan pengendali diberikan kepada calon lain: “Terpulang kepada mereka (FAS).

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");