Berita Hari Ini

Harap peruntukan tidak dipotong

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan berharap peruntukan untuk perkhidmatan kesihatan tidak akan dikurangkan pada tahun depan kerana bimbang ia akan menyukarkan pihaknya memberikan mutu perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pihaknya berharap peruntukan yang akan dibentangkan dalam Bajet 2017, Jumaat ini tidak dipotong bagi memastikan tahap perkhidmatan kesihatan dapat dikekalkan.

“Untuk tahun ini, kementerian menerima peruntukan RM23 juta dan jumlah berkenaan diibaratkan seperti ‘cukup-cukup’ saja.

“Jika, peruntukan bagi tahun depan dikurangkan, maka ia akan menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan khususnya dalam aspek pembelian ubat,” katanya selepas perasmian Persidangan dan Pameran Pelancongan Kesihatan Dunia di sini, semalam.

Menurutnya, antara aspek yang akan terjejas adalah kos pembelian ubat apabila kementerian perlu membuat pilihan yang lebih efektif.

“Buat masa ini, kos pembelian ubat generik dan tulen pada kadar sama namun, sekiranya kos meningkat kementerian akan memilih ubat generik berbanding tulen untuk menjimatkan kos.

“Namun, ubat generik hanya akan digunakan sekiranya ia memberi kesan sama sebagaimana penggunaan ubat tulen,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");