Berita Hari Ini

Harga masih kekal

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) belum memuktamadkan kenaikan harga minyak masak kerana masih lagi mengkaji keperluannya berikutan turun naik bagi harga minyak sawit mentah dalam pasaran semasa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, subsidi sedia ada juga akan kekal seperti biasa tanpa sebarang pemansuhan akan dilakukan pihak kerajaan meskipun persekitaran ekonomi semasa dan harga komoditi tidak menentu.

Beliau berkata, di pihak kementeriannya, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai kenaikan harga minyak masak seperti yang dilaporkan serta viral di media sosial.

“Kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh sama ada harganya akan dinaikkan atau tidak itu bergantung kepada trend harga minyak masak mentah dalam pasaran semasa.

“Kita juga akan melihat ia secara makro kerana ia membabitkan pelbagai pihak serta pemain industri dan sekiranya terdapat keperluan, kita akan melakukan kenaikan tetapi ia tidak akan membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan lesen dan pensijilan 23 syarikat jualan langsung di sini, semalam.

Sebelum ini, menurut kenyataan Persatuan Pekilang-Pekilang Minyak Masak Malaya, subsidi minyak masak akan dimansuhkan selepas kerajaan membuat penstrukturan semula harga minyak masak bermula November depan.

Kata persatuan berkenaan, ia akan membabitkan minyak masak campuran dan bertapis dalam botol untuk semua saiz kecuali bersaiz lima kilogram (kg).

Selain itu, kenyataan itu berkata, skim penstabilan harga minyak masak kini diletakkan di bawah kawal selia KPDNKK bermula 1 November ini selepas dipindahkan daripada tanggungjawab Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sejak tahun 2007.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");