Berita Hari Ini

Harga minyak masak paket 1 kg kekal RM2.50

PUTRAJAYA – Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin sebentar tadi mengumumkan, harga jualan minyak masak bagi paket 1 kilogram kekal RM2.50.

Bagaimanapun, harga jualan minyak masak bagi paket melebihi satu kilogram adalah mengikut harga pasaran antara RM2.70 hingga RM2.90 setiap kilogram.

Hamzah berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 September lalu bersetuju supaya KPDNKK mengambil alih pengurusan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak dari Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) tersebut berkuat kuasa 1 November ini.

“Kerajaan mengekalkan harga jualan dengan menstruktur semula jumlah subsidi bagi membolehkan harga pasaran ini dikekalkan,” katanya dalam satu sidang media khas yang diadakan di ibu pejabat KPDNKK di sini sebentar tadi.

Menurut Hamzah harga pasaran minyak masak di negara ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara negara jiran.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");