Perak Hari Ini

Hari Sukan Negara Mampu Lahir Atlet Berbakat

MANJUNG: Hari Sukan Negara yang disambut serentak di seluruh negara hari ini dilihat mampu melahirkan atlet yang berbakat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, melalui program sebegini, bakat para peserta dapat dikenalpasti dan digilap untuk menjadi atlet sukan berprestasi tinggi.

“Hari Sukan Negara ini pada asasnya untuk memperkenalkan beberapa aktiviti sukan massa yang mana ia tidak tertumpu kepada sukan berprestasi tinggi.

“Jadi kita harap daripada situ, kita dapat mengenalpasti bakat untuk diketengahkan dalam program sukan berprestasi tinggi yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri.

“Pada masa sama, saya percaya melalui Hari Sukan Negara ini, kita akan memberi kesedaran dan motivasi kepada rakyat terutamanya di negeri Perak untuk aktif dalam aktiviti sukan,” katanya dalam sidang media selepas acara perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perak 2016 di sini, hari ini.

2

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat di negeri ini supaya tidak hanya bersukan pada Hari Sukan Negara semata-mata.

“Sebenarnya ini (Hari Sukan Negara) simbolik bagi mengingatkan kita betapa pentingnya untuk bersukan secara konsisten bagi menjaga kesihatan kita.

“Saya harap, kita dapat meneruskan aktiviti sukan dimana sahaja kita berada setiap hari sekurang-kurangnya setengah jam kita harus beriadah untuk memastikan kesihatan secara berterusan,” katanya lagi.

18

Terdahulu, dianggarkan seramai 590,000 peserta telah menyertai Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perak di seluruh negeri Perak.

Program berkenaan adalah selaras dengan sambutan Hari Sukan Negara yang disambut serentak diseluruh negara pada hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");