IPOH:Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) bakal menganjurkan program bertemakan seni dan wanita khusus buat kaum wanita yang diberi nama HERarts.
Program selama dua hari itu bakal berlangsung di Kinta Riverfront bermula pada 15 hingga 16 Oktober ini bakal menghimpunkan pelukis-pelukis dan artis wanita dari seluruh negara.

Menurut wakil Persatuan Pelukis Perak (PPP) Ng Dawiyah Ismail prorgam seni ini berfokus dan memberi keutamaan khusus kepada wanita.
“Bermula pada 15 Oktober terdapat empat kategori pameran dan pertandingan seni yang dianjurkan khusus buat wanita.
“Ia terbuka kepada umum pelbagai lukisan seni dan gaya dapat beri ruang pada semua dengan penyediaan 25 gerai pameran dan 15 gerai buat vendor,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.
Katanya, antara acara yang menarik iaitu penari daripada Selendang Perak akan memakai dan memperagakan busana negeri Perak dan gaya tersebut bakal diadaptasikan menerusi lukisan.
“Acara ini diharap dapat memupuk rasa sayang kepada budaya peserta akan melukis,” katanya.
“Turut bakal berlangsung lukisan mural Gesture Arts terpanjang menggalakkan penyertaan kaum wanita seramai mungkin,” katanya.
Ujarnya mural terpanjang sepajang 240 kaki itu memerlukan penglibatan seramai 200 orang peserta meliputi semua peringkat umur bagi mengisi warna di ruang seni yang disediakan pada Sabtu.
“Acara sebegini adalah untuk mencungkil banyak lagi bakat-bakat baru dapat dikumpul untuk diketengahkan,” katanya.
Program dengan kerjasama dari PeRUPA dan Persatuan Pelukis ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Program ini turut melibatkan penyertaan penggiat seni antarabangsa seperti Kanada, Filipina, India dan Jepun.
Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung seperti pameran serta jualan dari vendor seni jalanan, bengkel dan demonstrasi seni seperti gesture Arts, tie dye,batik canting dan sculpture serta persembahan pemuzik jalanan wanita.