Jenayah

Inspektor dituduh terima, minta rasuah RM25,000

KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, kerana dituduh menerima dan meminta rasuah berjumlah RM25,000, tahun lalu.

Tertuduh berusia 33 tahun, berdepan dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima rasuah RM5,000 daripada seorang lelaki, bertujuan untuk tidak melakukan tangkapan terhadap individu berkenaan yang disyaki terlibat dengan kesalahan dadah iaitu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama, di Kuala Berang, kira-kira jam 6.25 petang, pada 20 Ogos 2015.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta rasuah RM20,000 daripada individu sama sebagai tujuan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang dan tidak menangkap individu terbabit yang disyaki terlibat dengan kesalahan kes dadah.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta sama di sebuah rumah di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira jam 8 malam, pada 15 Ogos 2015.

Sejurus pengakuan tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu direkodkan, Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bagi seorang penjamin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");