Sukan Hari Ini

Jangan cemar imej negara

Petaling Jaya: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) mengambil lebih banyak sampel atlet negara supaya tidak terpalit dengan isu doping pada Sukan SEA tahun depan.

Jelasnya, beliau tidak mahu sebarang kes positif membabitkan atlet negara pada temasya dwitahunan di ibu negara itu.

“Saya meminta ADAMAS melakukan lebih banyak ujian secara rawak, tidak mengapa jika mengeluarkan perbelanjaan yang lebih. Lebih baik sekarang daripada terlewat hingga mungkin membabitkan penarikan pingat,” katanya.

Arahan itu jelas bagi memastikan imej dan maruah negara tidak tercemar dengan gejala tidak sihat terutamanya dengan sasaran muncul juara keseluruhan.

Kebiasaannya sampel atlet negara dihantar ke luar negara dengan setiap sampel untuk analisis membabitkan 200 euro (RM930) ke Thailand dan AS$200 (RM830) ke India.

Pada masa yang sama Khairy turut menegur hukuman dua tahun yang dijatuhkan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) ke atas Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan berikutan kesalahan penggunaan steroid.

“Saya tidak boleh campur tangan namun persatuan sukan kebangsaan perlu mengikut peraturan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) iaitu mandatori empat tahun.

“Jika tidak, WADA akan mempertikai dan menjadi kes rujukan, apa yang berlaku selepas ini terpulang kepada WADA,” ujarnya.

Mengulas mengenai kewujudan makmal yang diiktiraf WADA, Khairy berkata, terdapat cadangan untuk dibangunkan di Bukit Jalil namun kos tinggi dan peruntukan belum diluluskan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");