Berita Hari Ini

‘Jangan sembunyi minyak masak’

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada pemborong dan peruncit agar tidak menyembunyikan bekalan minyak masak.

Timbalan Pengarah Penguatkuasanya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, KPDNKK memandang serius mengenai kesukaran orang ramai untuk mendapatkan bekalan minyak masak.

Beliau berkata, tidak ada sebab bahan berkenaan sukar diperoleh, namun tidak tolak kemungkinan faktor kehabisan bekalan minyak masak berpunca tindakan orang ramai membeli dalam kuantiti yang banyak kerana panik bahan itu akan naik harga.

“Kita minta orang ramai jangan percaya sebarang khabar angin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan subsidi minyak masak tidak akan dimansuhkan .

Kenyataan itu dikeluarkan susulan dakwaan Persatuan Pekilang-Pekilang Minyak Masak Malaysia kononnya subsidi minyak masak akan dimansuhkan selepas kerajaan membuat penstrukturan semula terhadap skim penstabilan harga minyak masak bermula bulan depan yang menimbulkan khabar angin akan berlaku kenaikan harga terhadap barang kawalan itu.

Mengulas lanjut mengenai ada peruncit yang dijanjikan bekalan selepas perayaan Deepavali akan datang, Iskandar Halim berkata, mereka boleh membuat aduan secara rasmi kepada KPDNKK kerana menyorok bekalan adalah satu kesalahan.

“Beberapa lokasi yang didakwa kehabisan stok minyak masak sudah dikenal pasti dan pemantauan berterusan dijalankan bagi memastikan orang ramai boleh memperoleh bekalan minyak masak seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 21 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM1,000,000 dan penjara tiga tahun jika sabit kesalahan menyembunyikan bara- ngan kawalan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");