Perak Hari Ini

Kadar Indeks Jenayah Perak Menurun

perak-today-1
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Perak, Senior Asisten Komisioner (SAC) T.Selvan

IPOH : Kadar indeks jenayah tahunan bagi Negeri Perak sehingga 7 Oktober 2016 menurun sebanyak 204 kes berbanding tempoh yang sama, tahun lalu.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Perak, Senior Asisten Komisioner (SAC) T.Selvan berkata, penurunan tersebut adalah sebanyak negatif 4.33 peratus.

“Turut menunjukkan penurunan ialah jenayah pecah rumah dan curi iaitu sebanyak 131 kes (-15.6 peratus).

“Bagaimanapun, bagi kes jenayah jalanan, ianya menunjukkan peningkatan sebanyak sembilan kes atau bersamaan 1.53 peratus,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui  di sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kontinjen Perak di Padang Kawad Kompleks Latihan Polis IPK Jalan Pasir Putih.

perak-today-3

Selvan berkata, penurunan kadar jenayah berkenaan disebabkan oleh usaha-usaha bersepadu daripada pihak polis terutamanya dari segi pencegahan jenayah dengan melibatkan orang awam serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.

“Usaha ini akan diteruskan hingga kadar jenayah jalanan ini menurun.

“Saya menyeru agar masyarakat dapat berganding bahu dengan anggota polis untuk mencegah jenayah,”jelasnya.

Terdahulu, beliau turut menyertai 400 pegawai dan anggota serta orang awam dalam acara senamrobik yang diadakan sempena Hari Sukan Negara yang disambut serentak di seluruh negara hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");