Isu Panas

Kami sudah terima hakikat, kata Tian Chua

SHAH ALAM – PKR menerima hakikat dengan terbuka akan kemunculan parti tempatan baharu di Sabah, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

“Tidak perlu mengeruhkan keadaan, kami menetapkan pendirian yang parti akan terus menghulur kerjasama atas mana-mana parti sama ada parti tempatan mahupun kebangsaan untuk melawan kerajaan pada PRU akan datang.

“Buat masa sekarang, keadaan di Sabah sudah semakin stabil. Kita akan bekerjasama tidak kira mana-mana parti asalkan mereka sehaluan menentang BN dan memegang prinsip perjuangan reformasi,” katanya kepada Sinar Online.

Bagaimanapun katanya, semua pihak harus ingat meskipun dengan kewujudan parti tempatan, PKR adalah satu-satunya parti di Sabah yang mempunyai jaringan komunikasi lengkap di seluruh negeri.

“Kita mempunyai organisasi cabang di semua kawasan Parlimen dan kita adalah parti yang paling inklusif di Sabah.

“Kami tetap akan menjadi teras untuk rundingan kerjasama antara semua parti supaya kita boleh mencabar BN dalam PRU akan datang,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");