Isu Panas

Keluar dewan beramai-ramai tindakan tak matang

KUALA LUMPUR: Tindakan ahli Parlimen pembangkang keluar dewan semasa pembentangan Bajet 2017 di Parlimen semalam menggambarkan ketidakmatangan politik.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak pembangkang sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan bukannya bertindak biadap meninggalkan dewan.

“Mungkin seperti dirancang sebab mereka ada plakad. Kalau benar, mereka memang tidak peduli apa yang dibentang dalam Belanjawan 2017 bentang.

“Mereka tidak tunjuk kematangan. Inilah standard pembangkang negara ini, ” katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya pembentangan Bajet 2017, semalam.

Kecoh di dewan semalam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang mengalami ribut ekonomi.

Berang dengan kenyataan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen pembangkang bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekali gus menukarkan suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.

Keadaan tidak terkawal itu menyaksikan campur tangan Pandikar yang akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.

Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");