Panasnya Hari Ini

Kenal Pasti Ahli Terbabit PPBM-UMNO Johor

KUALA LUMPUR:Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Md Jais Sarday, menegaskan bahawa sudah mengenal pasti ahli dan kepemimpinan peringkat bahagian parti itu yang terbabit dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Memetik sumber Berita harian ujarnya,Badan Perhubungan negeri akan memuktamadkan senarai nama itu sebelum Konvensyen UMNO Johor, yang dijadualkan berlangsung awal bulan hadapan.

Katanya, pemantauan itu dibuat berikutan susulan gesaan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang mahu semua peringkat bahagian parti menyenaraikan anggota mereka yang dipercayai terbabit dengan PPBM.

“Tapi di peringkat negeri, kita tiada kuasa untuk menentukan status keahlian, kita cuma akan melaporkannya kepada ibu pejabat. Soal putus keahlian terkeluar atau tidak itu adalah kuasa Majlis Tertinggi parti.

“Laporan dari setiap bahagian akan dimuktamadkan sebelum Konvensyen UMNO Johor, tapi terserah juga pada peringkat bahagian yang mempunyai pendekatan berbeza kerana ada berpendapat mereka yang terbabit dengan PPBM masih boleh dibawa berbincang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor, pada Isnin.

Katanya, UMNO juga menunggu pengumuman rasmi senarai pemimpin PPBM di peringkat negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");