Panasnya Hari Ini

Kerajaan ‘Ciplak’ Idea Saya – Rafizi

KUALA LUMPUR : Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meniru idea beliau berkaitan cukai eksais dihapus bagi kereta pertama untuk orang muda.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau merujuk kepada sebuah laporan akhbar tempatan mengenai berita tidak rasmi Belanjawan 2017 akan mengecualikan cukai eksais ke atas pembelian kereta pertama enjin bersaiz kecil.

“Sepanjang saya berkempen agar cukai eksais dihapuskan sejak tahun 2012, tidak pernah sekali pun menteri-menteri UMNO atau BN mengakui bahawa hujah yang saya bawa itu ada benarnya.

“Malah, mereka menuduh dan menyerang saya dengan pelbagai panggilan. Akhbar-akhbar mereka berterusan melaporkan bahawa Pakatan Rakyat akan memufliskan negara,”katanya menerusi satu kenyataan di Facebook beliau, hari ini.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR itu berkata, bagaimanapun, dalam diam, Najib meniru dasar yang dibawa oleh pembangkang.

Katanya lagi, dalam Manifesto BN memasuki Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Perdana Menteri akan menurunkan harga kereta sehingga 30 peratus secara berperingkat tetapi pada masa yang sama, kerajaan menyerang cadangan yang dikemukakannya dan menciplak cadangannya.

“Kali ini, jika benar cukai eksais akan dihapuskan bagi kelas enjin bersaiz kecil yang digunakan oleh model kereta-kereta Proton, sekali lagi Datuk Seri Najib menciplak cadangan saya tetapi tidak mahu mengaku.

“Apa yang saya kesalkan ialah keengganan Datuk Seri Najib mendepankan rakyat dan berhenti mempolitikkan idea-idea bernas yang diberikan Pakatan Rakyat,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");