Membawang Hari Ini

Kongsi perjalanan hidup menerusi lagu

HAMPIR tiga dekad, pelantun popular Terlalu Istimewa, Adibah Noor berkecimpung dalam lapangan seni hiburan tanah air, daripada seorang penyanyi sehinggalah pelbagai cabang hiburan diceburinya.

Baru-baru ini, Adibah mengadakan konsert berskala kecil yang telah dijadualkan selama dua hari berturut-turut bermula 21 dan 22 Oktober lalu, bertempat di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Konsert yang diberi nama Adibah Into The 3rd Decade, Mini Concert, membuka tirainya dengan begitu menarik perhatian penonton kerana sifat peramah dan mudah terhiburnya itu sekali gus menjadikan penonton rasa dekat dengan dirinya.

Adibah meneruskan dengan nyanyian pertamanya, What A Feeling. Lagu itu amat bermakna buat Adibah kerana itulah kali pertama dia menyanyikan lagu tersebut di hadapan khalayak ramai pada 1990-an.

Jelas Adibah, sebelum bergelar seorang penyanyi pada 1990-an, dia merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Dato Harun, Petaling Jaya, Selangor.

“Sebelum saya bergelar penyanyi pada ketika itu, saya sebenarnya bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris.

“Selepas waktu bekerja, saya akan berlatih menyanyi dan pada masa sama, di waktu malam saya akan berada di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk menyanyi,” ujarnya.

Jelas penyanyi itu, rakan-rakannya yang bekerja di hotel itulah yang bertanggungjawab membawanya ke peringkat yang lebih serius dengan menyertakan Adibah dalam pertandingan menyanyi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");