Jenayah

Lelaki lemas dalam lombong

KUALA LIPIS – Seorang lelaki ditemui lemas ketika menjala ikan di sebuah lombong tinggal di Kechau Tiu, Padang Tengku, di sini semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat mangsa, Muhamad Afif Nizam Aziz, 21, yang beralamat di Kampung Kechau Tui ditemui tidak jauh dari lokasi dia didapati hilang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, mangsa pergi ke kawasan lombong terbabit pada kira-kira jam 8 pagi bersama seorang rakannya.

“Difahamkan, mereka menjala ikan guna pelampung tayar di tengah lombong.

“Menurut rakan mangsa, setibanya di lokasi mereka untuk berpecah untuk menjala ikan, namun lebih kurang setengah jam kemudian, dia mula hairan apabila sudah tidak nampak kelibat mangsa.

“Rakannya itu percaya mangsa telah terjatuh ke dalam lombong apabila dia gagal menjejakinya dan segera melaporkan kejadian tersebut kepada polis,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang disertai lima anggota polis dan lima anggota bomba dimulakan pada kira-kira jam 9.15 pagi dan mayat mangsa berjaya ditemui pada kira-kira jam 10 pagi.

Azry Akmar berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga untuk dikebumikan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");