Membawang Hari Ini

Lindsay Lohan putus jari manis

PELAKON Lindsay Lohan dilaporkan mengalami kemalangan sehingga terputus jari manis tangan kirinya ketika berada di Turki.

Menurut laporan Daily Mail, Lindsay telah melakukan pembedahan untuk menyambung semula jarinya yang putus sebaik tiba di hospital.

Difahamkan, kecelakaan yang dialami Lindsay itu berlaku ketika sedang berehat dalam sebuah kapal di perairan Turki.

Bintang film Mean Girls itu dikatakan sedang menolong menaikkan tali kapal tersebut sehingga jarinya terbelit kepada tali terebut.

“Saya kehilangan setengah jari manis. Syukurlah kami menjumpai potongan jari tersebut dan saya baru saja selesai menjalani operasi untuk menyambungnya semula, ini amat menyakitkan,” katanya.

Lindsay dikatakan berada di negara Turki adalah untuk melakukan misi kemanusiaan di negara itu dalam membantu pelarian yang melarikan diri dari Suriah.

Selain itu dia juga mengadakan lawatan di hospital di Istanbul untuk mengunjungi keluarga Hussien yang merupakan salah satu keluarga pelarian dari Suriah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");