Berita Hari Ini

Membangun murid secara holistik

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menyediakan pelbagai akses kepada pendidikan berkualiti.

Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, KPM menerajui perubahan untuk menyediakan anak-anak warganegara Malaysia dengan enam aspirasi murid yang seimbang melalui ilmu dan akhlak – pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa (llmu), kemahiran memimpin, etika dan kerohanian, identiti nasional.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan berkata, ciri-ciri itu dikenal pasti oleh masyarakat global sebagai atribut penting untuk berjaya dalam abad ke-21 dan pembelajaran sepanjang hayat.

“Peperiksaan bukanlah penentu segalanya, ia adalah langkah pertama ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri anak-anak kita sebagai warga yang dapat menyumbang kepada negara yang dicintai,” katanya pada sidang media Laluan Pendidikan di Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, melalui transformasi pendidikan di bawah PPPM 2013-2025, ia telah meletakkan negara antara satu pertiga teratas dalam sistem pendidikan terbaik di dunia. Ini disambut pula dengan PPPM Pendidikan Tinggi 2015-2025 secara tidak langsung akan mengubah landskap pendidikan tinggi dalam dunia tanpa sempadan.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan menerajui perubahan untuk menganjak paradigma masyarakat Malaysia daripada terlalu fokus kepada peperiksaan kepada satu sistem pendidikan bersepadu melibatkan segenap lapisan masyarakat untuk membangunkan murid secara holistik.

Katanya, usaha ini penting bagi menyediakan mereka kepada masa hadapan yang gemilang. Inisiatif ini dilakukan selaras dengan enam aspirasi murid yang diterapkan di bawah PPPM 2013-2025.

“Dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat mempengaruhi kehidupan kita hari ini, kita perlu memikirkan kemahiran dan nilai yang harus dimiliki oleh murid yang bakal mengharungi cabaran masa hadapan.

“Perubahan landskap pendidikan tinggi dan ekonomi juga menuntut anak-anak kita iaitu bakal pemimpin generasi akan datang supaya seimbang ilmu dan akhlaknya; justeru enam aspirasi murid perlu diterapkan kepada murid-murid,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");