Isu Panas

Menteri: Kalau bukan bajet rakyat, bajet apa?

KUALA LUMPUR – ?Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Bajet 2017 adalah bajet yang menyeluruh dan tertumpu kepada kemaslahatan rakyat.

Katanya, Bajet 2017 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib ?pada Jumaat lalu,melibatkan masyarakat, dan adalah salah sekiranya mengatakan bajet itu tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat.

“Kalau tidak bajet rakyat bajet apa?…Bajet 2017 melibatkan masyarakat petani, nelayan, orang kampung, pelajar sekolah , mahasiswa universiti, jadi maknanya samalah dan itu melibatkan rakyat,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pembangkang yang mengatakan ?Bajet 2017 adalah bajet BN, bukan bajet rakyat.

Dalam pada itu ?katanya lagi,Kementerian beliau juga mendapat manfaat daripada bajet 2017.

“Murid dan pelajar sekolah juga mendapat manfaat daripada pembentangan bajet 2017,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");