Sukan Hari Ini

Mesej untuk FMLLP

MENJELANG mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia hari ini, ada mesej jelas yang ingin disampaikan penyokong Kedah dan Selangor kepada Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Penyokong setia Kedah, Mohammad Adhan Mat Aji mengharapkan FMLLP mengekalkan harga tiket final Piala Malaysia tahun lalu pada kadar RM40 bagi dewasa.

Menurutnya, dia bimbang sekiranya FMLLP bertegas menaikkan harga tiket seperti yang dikenakan pada perlawanan akhir Piala FA lalu seterusnya menghalang ramai penyokong Lang Merah untuk turun ke Stadium Shah Alam.

“FMLLP kena fikir kos perlu ditanggung penyokong Kedah untuk ske Shah Alam. Bola sepak ini hiburan kepada orang Kedah.

“Jangan diragut kecintaan dan harapan kami untuk lihat aksi Kedah pada perlawanan akhir nanti,” katanya.

Kata Adhan lagi, dia juga mengharapkan supaya penjualan tiket kali ini lebih sistematik dan meminta tempoh penjualan tiket dipanjangkan kepada tiga hari bagi mengelakkan kesesakan ketika membeli tiket.

Berkongsi pandangan sama, penyokong setia Merah Kuning, Nur Azhar Mahmud yang mahu aspek keselamatan dan kemudahan dalam stadium dinaik taraf sekiranya mahu meningkatkan harga tiket.

Menurutnya, keadaan stadium yang mengalami banyak kerosakan selain tandas yang sering tidak diselenggarakan dengan baik banyak menimbulkan rasa kurang senang penyokong yang hadir ke stadium.

“Harga nak naik tapi kemudahan dalam stadium seperti tandas dan kerusi tidak diselenggarakan dengan baik,” katanya.

Berbeza dengan Al Fadli Awaludin yang juga penyokong tegar The Red Giants yang mahu harga tiket tidak dijadikan isu besar ketika pasukan kesayangan mereka melangkah ke perlawanan akhir.

“Kalau betul-betul seorang peminat itu setia dengan pasukan, dia tidak akan mengeluh dengan harga tiket,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");