Sukan Hari Ini

Messi hukum City

LIONEL Messi meledak hatrik ketika membantu Barcelona membelasah Manchester City 4-0 pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Dalam pertemuan Kumpulan C di Nou Camp itu, Messi meledak gol pada minit ke-17, m-61 dan m-69 selain mencipta satu assist yang disempurnakan Neymar di penghujung perlawanan.

Lebih memeritkan apabila City terpaksa bermain 10 pemain selepas penjaga golnya, Claudio Bravo yang juga bekas pemain Barcelona dibuang padang m-53 kerana menggunakan tangan bagi menghalang bola di luar kotak penalti.

Pengurus Barcelona, Luis Enrique bagaimanapun enggan mendabik dengan keputusan tersebut, sebaliknya menganggap tuah memihak mereka.

“Bukan mudah berdepan City. Mereka secara konsisten merubah permainan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kami cuma bernasib baik. Layangan kad merah (Bravo) beri kelebihan kepada kami,” ujar Enrique.

Barcelona turut mengalami nasib sama bermain 10 pemain selepas pemain gantiannya, Jeremy Mathieu dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-73.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");