Berita Hari Ini

MH17: Dua Opsyen Pendakwaan Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR: Malaysia dan negara-negara anggota Pasukan Penyiasat Bersama(JIT) sedang meneruskan perbincangan untuk mengenal pasti opsyen pendakwaan bagi menuntut keadilan berhubung pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 2014.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata opsyen itu adalah pendakwaan di peringkat nasional oleh satu daripada negara anggota JIT atau pendakwaan suatu tribunal antarabangsa yang diwujudkan khas oleh negara anggota JIT.

“Bagaimanapun, keputusan antara kedua-dua opsyen tersebut adalah bergantung kepada hasil siasatan jenayah kelak,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai kaedah yang diambil kerajaan dalam menuntut keadilan terhadap kes itu.

MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014 hingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");