Sukan Hari Ini

Misi juara berganda

Kuala Lumpur: Memegang gelaran juara keseluruhan berpasukan dalam kategori CP130 musim 2016 masih belum cukup buat pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor apabila mereka mengidamkan gelaran sama dalam kategori CP115 pada saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, esok dan Ahad.

Pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor hanya memerlukan 25 mata melalui gabungan dua pelumba, Mohd Akid Aziz dan Mohd Haziq Fairues untuk mengesahkan gelaran apabila mengumpul 198 mata selepas lapan pusingan, 65 mata mengatasi Motul Zeneos Motul Yamaha YY Pang yang berada di kedudukan kedua dengan 133.

Malah pasukan kendalian Yong Yin Hoe itu turut berpeluang menambah gelaran melalui Kasma Daniel Kasmayuddin yang dilihat berada pada landasan terbaik untuk mengesahkan gelaran juara keseluruhan CP130 pada minggu ini apabila kini memiliki kelebihan 22 mata ke atas rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham.

“Anugerah Berpasukan CP115 merupakan satu bonus buat kami. Kami tidak meletak sebarang sasaran pada peringkat awal musim kerana kedua-dua pelumba masih baharu dalam kelas CP115 ini.

“Akid sebelum ini beraksi dalam kelas Wira dan Haziq pula juara Super Siri PETRONAS Yamaha pada musim lalu. Akid mungkin mempunyai sedikit pengalaman beraksi dalam kelas terbuka manakala Haziq hanya berpengalaman beraksi dalam perlumbaan terakhir kategori Wira pada tahun lalu,” kata Yin Hoe.

Berpuas hati dengan penampilan kedua-dua pelumba muda itu, beliau berkata: “Pada Pusingan 1 hingga 4, kami hanya mahu mereka menimba pengalaman berdepan pelumba lebih berpengalaman. Namun apabila kedua-duanya sentiasa menunjukkan keputusan yang bagus, kami terus mempersiapkan mereka untuk bersaing merebut podium bermula pusingan kelima dan berikutnya.”

Malah, pencapaian Akid dan Haziq melepasi jangkaan apabila kedua-duanya kini sedang berada di kelompok tiga pelumba teratas untuk mengejar gelaran juara keseluruhan CP115 namun pada masa sama, kedua-duanya diberikan kebebasan untuk bersaing sesama sendiri tanpa sebarang arahan khusus dari pasukan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");