Perak Hari Ini

MK Land Holdings Bina 31,000 Rumah Mampu Milik

IPOH : Sebanyak 31,000 unit rumah mampu milik bernilai RM2 bilion telah dibina oleh Kumpulan MK Land Holdings Bhd (MK Land) sejak tahun 1995 di seluruh negara.

Pengarah Urusan MK Land Holdings Bhd, Felina Mustapha Kamal berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 8,400 unit telah dibina di negeri ini melalui anak syarikatnya, Zaman Teladan Sdn Bhd bernilai RM1 bilion.

“Dalam keadaan ekonomi ketika ini, pihak kami lebih memilih untuk menawarkan rumah dalam harga yang berpatutan tetapi mengekalkan kualiti rumah yang baik.

“Kita akan memastikan setiap rumah mampu milik ini dapat disiapkan mengikut jadual atau lebih awal dari tarikh yang dijadualkan tetapi mempunyai tahap kualiti yang tinggi serta memuaskan pembeli,”katanya.

perak-today-1

Felina berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyerahan Kunci Secara Simbolik 44 Unit Rumah Teres Mampu Milik (Platinum dan Sapphire) di Klebang Putra, di sini, hari ini.

Sementara itu, Felina berkata, pihaknya menyambut baik saranan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk mempertimbangkan kemungkinan bayaran premium dan caj lain akan dikurangkan kepada pemaju untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.

“Ia secara tidak langsung mewujudkan harga yang kompetitif kepada pembeli,”katanya.

Mengulas mengenai projek terbaru di Klebang Putra, beliau berkata, projek itu merangkumi kediaman Fasa 1 dan 2 dimana 1,273 unit rumah dan 292 unit kedai Fasa 1 telah diserahkan kepada pembeli dan diduduki sepenuhnya oleh lebih 3,000 penduduk.

perak-today-4

Katanya, projek Platinum dan Sapphire yang terdiri dari 44 unit rumah teres satu tingkat telah disiapkan dan diserahkan empat bulan lebih awal dari jadual.

“Perancangan pembangunan seterusnya selepas projek ini adalah 162 unit rumah teres setingkat serta  27 unit rumah teres dua tingkat dan semuanya telah berjaya dijual dalam masa yang singkat sejak ia dilancarkan.

“Melihat kepada sambutan yang menggalakkan ini, maka Zaman Teladan Sdn Bhd bakal melancarkan produk terbarunya iaitu Jade, Emerald 3 dan 4,”katanya.

Jelas Felina lagi, Jade terdiri daripada 34 unit rumah teres satu tingkat berharga kurang RM250,000 manakala Emerald 3 dan 4 merangkumi 109 unit rumah teres dua tingkat berharga kurang dari RM350,000 yang akan dilancarkan pada November ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");