Jenayah

Pacuan empat roda masuk gaung

Sarikei: Seorang wanita parah manakala suami dan anaknya cedera selepas pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki terjunam ke gaung sedalam 30 meter di Jalan Sebangkoi, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, dalam kejadian jam 8.50 pagi, mangsa yang parah dikenali Yong Mee Ping, 34, manakala suaminya, Lu Sing Hoon, 29, dan anak lelaki mereka, Bryan Lu Shu Xiang, 3, cedera ringan.

Menurutnya, ketika kejadian, tiga beranak itu dipercayai dalam perjalanan dari Beladin menuju ke Sibu dan kenderaan yang dipandu Lu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

“Suami dan anak mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu dengan bantuan orang awam manakala isterinya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");